//Princessa !
sweet owner

Navigation : touch hover image


GATAL ?

cerita dia bermula satu malam ni, lepas semua perempuan dah naik dorm masing masing lepas solat maghrib dan isyak dekat surau. kata tinggal kat asrama, normal lah kalau pukul 10-12 tengah malam tu still lepak dekat dorm kawan, bilik iron, tangga bagai kan? so...

Dalam pukul 10.30 malam, aku dah tidur. aku pun tak tahu lah kenapa aku tidur awal sangat. mungkin hari tu terlalu penat untuk aku. mungkin lah. padahal takda buat apa pun. aku punya lah tidur nyenyak sebab dalam block aku tu, ada dalam 20 orang je. majority semua balik rumah sebab minggu tu hari jumaat sampai ahad, masa utk balik pilihan. rumah yang dekat tu boleh cerita ah, setiap minggu nak balik. aku yang duduk kl ni ? memang tak lah kan. so, sebab tak ramai manusia, block aku u sunyi and aku rasa bahagia gila sebab dapat tidur dengan tenang yang amat. 

Pukul 11 malam, 
aku terjaga dari tidur sebab dengar bunyi bising. aku dengar orang menjerit dan berlari tuju ke dorm aku. bangun bangun, kawan aku dua orang muka tengah panic masuk dorm. dengan muka baru bangun tidur tu, aku pun tanyalah dorang 


"asal korang berlari bising bising ni?"
"ada orang baling batu dekat tingkap bilik iron" 
"alaa, budak lelaki lah tu. nanti okay lah" 

diaorang pun masuk dorm masing masing and kunci dorm. bilik iron dah kosong dah pukul 11 lebih tu. first time kosong time time camtu. selalunya pukul 2 3 pagi, ada lagi manusia yg duduk dekat situ main phone, buat kerja, dgr lagu, tidur, macam macamlah. 

pukul 11.30 malam
aku jadi tak sedap hati sebab dengar bunyi banyak motor datang dekat kawasan rocall (perhimpunan pagi) lelaki. okay fyi, block aku dekat yang amat dengan block lelaki. so, memang bahaya sikit. bila dah dengar bunyi macam tu, aku pun call lah kawan lelaki aku ni, nakkan kepastian, apa jadi dekat tempat diaorang. 

"weh, asal banyak motor dekat tempat rocall korang?"
"guard datang, kiteorang dengar ada bunyi jatuh dekat dm (dewan makan) 2 . pastu dengar perempuan menjerit. tu yang guard datang, nak tanya ada apa apa ke tak"
"guard dengar gak ke?"
"hak ah, kau tak dengar ?"
"tak. maybe yang jerit tu budak block aku kot sebab tadi dorang kata ada orang baling batu dekat tingkap bilik iron, so dorang lari menjerit masuk dorm" 
"bukan korang. suara jerit tu dari dm 2. kau take care lah. kumpul satu tempat. jangan berpisah" 
-------
aku tak sempat nak tanya lagi, dia dah tutup and start dari situlah hati aku mula berdebar debar. semua orang kumpul satu tempat. bunyi motor tadi dah berkurang.tapi suara budak budak lelaki kiteorang still dapat dengar. tiba tiba phone aku vibrate, dapat text. 

"ati, duduk dengan yang lain. jangan pisah. jangan keluar dari dorm. kunci dorm betul-betul. jangan pakai sexy sexy, suruh semua orang pakai tudung. kalau boleh ajak dorm sebelah duduk sekali dengan korang"

start daripada aku dapat text tu lah aku rasa pelik, takut, berdebar, kiteorang semua tak tahu apa jadi masatu. kiteorang pun pakailah baju lengan panjang, seluar panjang. cuma tudung je tak pakai lagi. nak dekat pukul 12 camtu , keadaan dah senyap. so kiteorang ingat semua benda dah settle. sebab perut aku, dengan dua orang kawan aku ni berbunyi bunyi, kiteorang pun keluarlah nak buat milo, maggi bagai. kiteorang ajak sorang lagi budak dorm sebelah join kiteorng. pukul 12 tu, kiteorg keluar pergi bilik iron berempat. masak air dekat dalam pemanas air tu, makan biskut. sebab dengar bunyi motor tu datang balik, kiteorang intailah dekat tingkap yang boleh nampakkan tapak rocall lelaki dan blok lelaki. masatu memang aku nak tahu sangat apa jadi. masa kiterang beremoat tengah mengintai tu, ada lelaki dari dorm atas blok dorang jerit "mengintai ! mengintai !" lepastu dari bawah pulak, aku dengar suara kawan aku "Woi! panjat! panjat! turun!" memang kiteorang panic gila. kiteorang lari masuk dorm. sampai je dekat dorm, kawan aku cakap "masuk cepat, tutup pintu, kunci" bila pintu kunci, aku tanya dia

"apa jadi weh?"
"ada orang nak masuk block kita"

semua dah terlopong mulut taktahu nak cakap apa. aku dah menggigil dah. start dari situ semua jadi peka. dengar bunyi sikit je, semua pandang tempat tu. tiba tiba phone aku vibrate, kawan lelaki aku call. 

"weh, korang dengan dorm sebelah ke?"
"taklah. dorm sebelah kumpul dekat dorm dorang, kiteorang dengan budak dorm kiteorg je lah"
"kan aku dah suruh kumpul satu dorm tadi"
"apa jadi sebenarnya ni?"
"takda apa lah"
"bagitahu lah weh" 

-----

"DUM" "DUM" "DUM" "DUM"

Bunyi tu bergema dekat block kiteorang. taktahu dari tingkat atas yang kosong sebab takda orang duduk tu atau pun belah bawah. bunyi macam ada orang nak pecahkan pintu tu kuat sangat. jadi betullah apa yang kawan aku cakap. ada orang nak masuk block kita. suara lelaki menjerit suruh turun, bunyi dentuman tu semua buat kiteorang takut. nak nangis. tapi kiteorang kuatkan diri. sampailah aku tak tahan, aku call kawan aku 

"apa jadi?" 
"pakai tudung! kumpul satu dorm pastu jangan keluar dorm. sorang pun jangan!"

-----

suara dia cemas gila. macam tengah berlari mengejar something yang aku tak tahu apa dia. kiteorg semua dah takut. takut yang amat. yang cuba nak tidur tu , terbangun sebab takut. muka semua nak menangis. kawan aku bukak pintu dorm nak panggil budak dorm sebelah, ajak kumpul sekali. 

*bukak pintu dorm*

"SERI ?"
"SERI ?"

takda siapa nyahut

"SERI ?"

"WOI"

dengan paniknya, kawan aku terus tutup pintu dorm. tu bukan suara seri. tapi tu suara lelaki. dari tingat atas atau bawah kiteorang tak sure. bunyi motor guard ronda ronda kiteorang dengar. lepastu phone aku berbunyi tanda ada ws masuk 

"penghuluwati suruh kita siap, kejap lagi dia datang ambik kita. ada lelaki dalam block kita. so, kena cepat"

kiteorg pun capai tudung dan bukak pintu bila tengok dari lubang kecik dekat pintu tu kak penghulu wati dengan lagi sorang akak senior tahun 3. akak tu jaga depan, kak penghuluwati jaga belakang, bawak kiteorang pergi dorm diaorang. aku taktahu mana perginya lelaki yang cakap "woi" tu. kenapa bunyi dentuman tu berhenti tiba-tiba. kenapa lelaki dah tak menjerit suruh turun. malam tu kiteorang tidur dorm senior ramai ramai. aku dengan yang lain pukul 4 pun tak dapat tidur lagi. guard dan warden berpusing pusing jaga block yg kiteorang tidur. akak akak senior semua jaga kiteorang. persoalan tentang siapa yang naik masih menjadi tanda tanya sampai sekarang...

bila cerita ni akan tamat dan orang yang naik block kiteorang tu akan ditangkap dan dijatuhkan hukuman? bila? aku mohon lakukan secepat yang boleh.